Monday, December 19, 2011

Off my pantang koboi, Aman and breastfeeding!

Salam folks,
Thank you so much for all warm wishes in my previous post, tak terbalas satu persatu, thank you.

Saye dah habis pantang yehaaaaaaaaa! Saya pantang 40 hari je, 4 hari lagi ada discount. :P Do you believe in this ikan haruan thingy? Orang selalu cakap makan haruan untuk mempercepatkan luka baik kan. Bukan i tak percaya, masalahnya susah betul nak telan ikan ni, walaupun rumah i di Perlis dikelilingi sawah padi yang penuh dengan ikan haruan tu. My mother in law was here for about a week lepas i balik dari hospital haritu, dia tau i tak makan haruan so dia pujuk: Nanti mak buatkan sup ehh, cube lah rasa dulu, mak buat kasi masam-masam skit.

I dah kata tak nak tapi Mak insist nak buat jugak. Iye lah mak, nanti Ella(bukan nama sebena) cuba try test. Dalam hati: Kesian mak susah-susah je buat sup, kalau dah namanya ikan haruan, buat la rendang ke, tomyam ke, gulai kawah sekalipun, memang Ella(bukan nama sebena) tak boleh telan.

Ikan haruan ada 30 ekor my parents pos dari Perlis, katanya beli dekat tasik, hidup dalam air tasik yang bersih so kurang hanyir, tapi to me rasa rumput tu still ada. I bukan la memilih makan sangat, nasi dengan telur ke, bilis goreng je pun boleh makan, but not ikan haruan.

My confinement lady paksa i makan pati haruan, siap ugut i lagi: Nak cantik takkk? Nak cepat baikkk takkk? Dia cakap gitu sambil hulurkan sebotol pati haruan suruh i minum. Isk, bior la ai tak cantik pun. Sepanjang pantang ni i dah termakan 2 botol, huwaaa 'terbaik' la rasa dia. Kenapa takde pati haruan perisa stoberi ke, sirap ke? Why? :(

 
Iklan jap: Ini mommy Aman masa full moon, tengah tunggu hari, badan macam tong drum haha! Ada lagi 7kg nak kene buang ni, tapi sebab breastfeed kan, dari masa ke semasa boleh nampak penurunan tu, skit-skit la kan, buat ape turun banyak-banyak sangat heheh nak sedapkan hati sendiri

Masa jumpa gynae, i asked him bout this ikan haruan thingy, dia tak galakkan makan pati, but yang fresh kalau nak makan ok la(tak makan pun takpe). So i kasi tau my confinement lady: Gynae saya tak kasi makan pati haruan ye. *selamat*

Tapi dia kadang-kadang bukak jugak botol pati haruan nak suruh i minum, dengan air kunyit sekali, kebetulan air kunyit pun paed tak kasi minum sangat masa tu sebab Aman ada jaundice kan, so i cakap doc tak kasi minum. Dia nak suruh jugak, finally i said to her: Doc saya tak kasi minum, akak je lah yang minum pati haruan dengan air kunyit tu. Mihaha. I bukan la pantang koboi bebenor, urut hari-hari selama sebulan, hari-hari mandi air herba, tanggas sepatutnya hari-hari tapi ai malas(kekeke), param pilis pakai sehari je, lain-lain so so je. Doc kata amalkan pemakanan seimbang, so semua i makan, no pantang pantang oneeee.. :D

By the way, itu hari pegi check up sebulan, according to my gynae, luka jahitan ok alhamdulillah cantik nampaknya. Jumpa paed Aman untuk sebulan punye check up, dah makin panjang, berat naik cantik(dah 4kg++), lepas tu kene inject Hepatitis B. Nangis kuat dia! Sampai kena peluk dengan paed. But tangisan dia tu was the most soothing sound i ever heard. Time baby ni bukan kata menangis, kentut dia pun soothing kan! Potty pun bau manis-manis gitu. Haha. :D Tak lama lagi nak check up dua bulan pulak.

Dah habis pantang pun tapi kalau nak tido malam dia masih suka dibedung, manja nih!


 
Aman cepat la besar, boleh kita main kejar-kejar says Arri
*Arri sweet sangat, kadang-kadang nampak dia datang kiss kepala Aman

Aman sibuk nak mengiring then angkat kepala now. Lepas tu dah pandai panggil orang, aii aiiii aiii bunyi gitu. Dah pandai senyum and kenal Mommy and Baba. Kalau dia tengah relax-relax i tunjuk dia iPad apps(amboi baby nowadays!) untuk baby belajar 123, ABC, nursery rhymes etc, leka dia tengok, tapi bila tunjuk clip Doodle baby, dia akan sedih sesedih sedihnya then nangis, kenapa ntah. Tiga kali i try, tiga kali dia nangis everytime dengar lagu tu, agaknya dia sedih tengok train tu bergerak macam nak tinggal dia kot?

Malam- malam lately ni la, Aman tido nyenyak je sampai i pulak risau, so i kejutkan then susukan dia, mata pejam tapi mulut jalan hehe. Once dia dah lelap, memang nyenyak habis, tukar lampin pun dia tak sedar. Siang pun dia tido, bagus jugak macam ni, siang sempat la mommy nak buat keje-keje rumah skit, masak ke, membasuh ke, etc. Malam dia nak kita kat sebelah dia je. Kadang tu i pegang dia merengek, kasi kat Baba terus diam. :D

Tengah borak-borak dengan Baba
Baba's boy!

Mula-mula nak mandikan Aman kelam kabut betul, saja je dia buat merengek, lepas dah pakai baju, i menyusu, boleh pulak dia sengih-sengih. Saja je nak buat mak dia panic!! Routine i dah berubah now, pagi buat breakfast, then makan, sapu-sapu sampah sket sementara tunggu dak Aman bangun, then mandikan dia, susukan dan tidokan balik, lepas tu masak, etc. Aman ni kalau perut dia kenyang, lampin bersih, dia tak nak dipegang sangat, dia suke duduk dalam bouncer, kalau mengantuk dia tido. Independent gitu!

Cukur rambut

 Baba cukurkan

Hari ke 44 Aman dah dibotakkan, ikutkan nak botakkan dia hari ke tujuh masa tali pusat tanggal tapi masa tu ada ruam skit. Masa Husband shavekan kepala Aman, dia diam je, siap tido lagi, tido dengan aman gitu. :D Baru ni kitorang test bawak Aman jalan jauh skit, to KLIA kebetulan terasa nak makan Nasi Padang Pagaruyung. Ok la, dia cuma nangis nak susu, nak tukar lampin then finally nangis sebab mengantuk. Dalam kereta pun tido.

So far ada lah kitorang rushed Aman to the hospital, latest last week because there was something on his left thumb and i want the paed to see, turned out takde apa yang serious alhamdulillah. Dia just prescribed antibiotics untuk disapu. Tapi dia kata i ni risau sangat, of coz la mak risau apa-apa jadi kat anak lanang mak. Hmmmphh! Lagipun anak pertama kan, mesti banyak benda nak belajar. Tengah gigih baca buku What To Expect The First Year ni. :-)

Segar dari ladang
*gambar hiasan hehe*

My breastfeeding journey berjalan lancar, harap dapat susukan dia selama yang mungkin. Awal-awal haritu dia nak jugak minum yang i pump, tapi lepas tu dia reject, dia nak direct, lagi bagus kan. I pump sebenarnya sebab bengkak dan bila bengkak, flow tu macam laju kadang sampai tersedak Aman. So yang pump tu i frozenkan, mungkin nanti ada masa yang memerlukan i guna frozen stock tu.

Im loving my Medela Swing right now. Husband belikan masa i di hospital, masa Husband datang bawak pump ni kan, 3-4 orang nurse tengah berhempas pulas buat hand express on me huwaaa, sakit you! Tapi kelakar time tu, perah bagai nak rak, sikit je dapat, Husband nak hantar pegi nursery untuk Aman dah la kene jalan jauh, bawah susu secotet je. Nurse tengok susu banyak tu dia cakap: Eh takpe, banyak ni ok la ni. Dalam hati entah-entah dia gelak guling-guling. :D
 
Ni pic masa Aman belum seminggu pun lagi, masa kene duduk bawah lampu, isk masa ni rindunya nak pegang dia, hari-hari hubby bawak ke nursery, tapi Aman relax jer sebab sebelah dia ada baby girl awek cun! Masa ni dah nak give up breastfeeding tapi kesian tengok dia duduk bawah lampu, sedih sangat, lepas tu bila nurse kasi dia minum susu yang i pump, dia minum dengan cungap-cungap terus bertambah semangat nak breastfeed dia, sampai sekarang alhamdulillah.

 Aman day1 muka bengkak-bengkak lagi, sekarang dah nak masuk dua bulan
*those were the days :-)

Masa tu i stress sebab ingat takde susu, tapi rupanya memang gitu eh? First few days lepas bersalin, susu baru nak keluar, time-time tu memang stress skit la, dengan sore nipple lagi, baby lapar so dia hisap kuat, mommynya pulak baru nak belajar latching technique yang betul, huru hara la sekejap. Now dah ok hehe. Orang kata jaga baby letih, but heyy the reward can be pretty rewarding, the best one is his smile! And of coz when he achieve a new milestone.

?? :D


I just love his toothless smile!

 Hopefully Aman membesar jadi anak yang sihat, pandai(macam Baba), debab(macam Mommy mihaha), sopan santun n bla bla bla. Haaa Aman, dengar cakap Mommy tuh! ;P

43 comments:

amirah said...

so sweet..comelnya arman..kejap je anti amie tengok dh besar..byk minum susu ni..huhu..best kan ada baby lady? tak sabar jugak ni.. : )

Cat-from-Sydney said...

Ewah...pandainya Arri jadi babysitter. Ni yang Nikki sayang ni!

....meow...Nikki

rose ~ Ibu Rafiq & Aishah~ said...

samala cam my aishah..tak suka sgt dipegang2..lebih suka duk dalam bouncher dia ehehe,

happy breastfeeding!

Tihara said...

salam ella (bkn nama sebena) :)

lama x denga story..aman pn dah besar cket..cute jer,ske..arri pn makin bam bam kan..dia jeles tk dpt adik :)

ashra said...

wah..panjang crita nya ya!
seronok baca =p

kiut la aman..makin membesar dgn sihat.alhamdulillah =)

˩α∂ʏвιя∂ℓʋʌѲиɛ ακα ΔиɢɛℓιЯα ʝѲℓιɛ said...

comelnyer aman macam aqil je tgok ..yup kte sama pantang so ,so je hahaha..tp not ikan haruan just mkn kapsul haruan je..

ayu said...

wahh…mcm2 cerita lady ye.. Bab2 ikan haruan tu, ayu pun tak lalu gak lady..hehe
aman bila dah besar ni, bertambah2 comel la…sweet sgt..tetiba rasa teringin nak ada baby lagi ni

Liyana SCR said...

Heee comel la aman! Hihihi. U..i cm x penah je rase ikan haruan tu cmne.. >,< tp mcm xsedap je eh? Huhuhu. *tengah imagine nurse express d milk on u* hahaha.

veesakura said...

dear, orang slalu cakap ngan i, ada baby kat umah, takleh bela kucing. i ada 2 ekor indoor cat. tengok baby u, ok jer. cat tu pon tak kaco baby kan?

fiza said...

Bestnya kan dah ada baby nih ☺☺. bulat pipi aman.

Renungan manja arri utk aman...alalalala...tomeinya nengok.

Lia said...

alolooo.... comeynyaaaa baby pipi merah lg tu.. heheheee

CikLilyPutih said...

congrats to u.. semoga dapat jadi mummy penyayang dan gorgeous tau!

isabelle said...

jarang i baca entry panjang betul2 smpi abis, but this time i did.
happy for u, dear.

slmt mengharungi kesibukan sbg seorang ibu.

p/s:
arman ikut muka sapa ekk?

sisdee said...

alllaalala comelnya.....!!!

i dulu masa pntang telan apapun yg boleh..yg terlarat sbb nk baik dan cantik punya pasal hahahaha yg paling pnting tuk kesihatan. Time muda nie mmg le semua okay jek dah bumur sikit kang baru tau klu tk jga makan or mkn apa2 ubat time pntg hehehehhe :)

Marsha~ said...

untungnya aman.... mesti dimanjakan dan disayangi semua org.. termasuk arry dan molli.. hehe

mizah said...

wahh!! comel n ensem la arman ni...semoga jadi anak solehah :)

bujal X said...

kemain dia borak dengan baba dia~keh keh~

marinahunny said...

congrats dear..be a good mommy heheheh

hakak CNN said...

Terus membesar dan sihat yer anak...
dengar cakap mommy tuh yaa...:P

seronok bacer entry ko nehh..siyes like mom journey and welcome to dunia ibu wahai kawan..!!keep BF ya...

have a nice day and great time wif Aman..luv..!!

mrs.ecam said...

waa tomel2 bambam la bdk aman nih...geram tngk pp die...heee...best kn bile dpt BF ank...sye ank ke 3 br sempat nk BF...kurang kesedaran..n mmg rs beza sngt2 la....rs mlm2 tu bestnyer x yah bngn bancuh susu...selak baju terus bleh smbg tido...eh heeeee

DaZzlingLilLy said...

cute aman dah pandai senyum yer..comels sgt..arry pun baik jer semenjak ada teman main ni yer..

zailamohamad said...

miss you Lady;-)

hehehe zaila dulu pantang pon selalu ngelat..comelnyaaaa Aman..kiss & hugs from untie Zaila..kalau dekat boleh bawa Ashraf jumpa kawan baru..lahir sama tahun;-)

SD2LIPIDBIOREJUV said...

i suka ikan haruan goreng - dulu hub g pasar borong kul 5 pagi tau beli bekal utk seminggu - i makan bakarnya x prnah lak try sup but buat masak tempoyak sedappp

Glad that u re adjusting well
ooh gambar itu ada juga dah jadi gambar contact lady kat dalam i-phone :)

ermayum

baby said...

hye lady,
mesti best kan dah jd mummy... heehee... arri dgn Molly x jeles ke dgn adik Dani?

kasihredha said...

sekejap je dah besar Aman...
suka tengok Aman tidur sambil tersenyum :)

MamaTiaMia said...

salam,yeayyy i am the first one here to see the handsome boy:) he looks so adorable lady:) time ni sangat syiok sedut2 pipi dia tu:) ohh ye ikan haruan i can't stand it either..biarlah tak cantik:) tapi dulu masa my time,staff kat office ada budak kedah her mom sent me the dried haruan,not bad bila goreng garing and makan with bubur but i guess the healing power tu dah tak de lah since dah kering:) your fury children is equally adorable and cutey mutey,dizzy and nite sickness blackie sent her kiss2 to Ari and Molly:)

-oP_ida- said...

sangat chumiLLL tau AMAN nie......alalalalala CUTEEE aih...

gewam

Ms AiReEn MoHd said...

owhh so comel aman,love love...muahsss...teringat baby ayra 5 bulan lepas mase lepas pantang ..huhuhu terasa nak pengsan asik berjaga malam..tapi aman gud boy eh..

working mom... said...

best nyer kan lady...i really miss those wonderful days....now, khadeja masih manja ngan ai..tp xlarat lah dah nak dukung2 dia..peluk2 jer boleh la....hehehhee

Adlina Husaini said...

dear, congrats!!!!! comey baby dia..
takpe yang, nanti turun la tu..i lepas pantang pun gemuks n booolat sgt..

bestnya aman, ada arri dok teman dia

Mamma Olyn ♥ said...

yihaaaa.. ur back dear, omg, aman da besarrrr, cepat betul masa belalu:)).. debab bambam da, pipi bulat, tgn gebu..eee gerammm. ni semu khasiat dr susu ibu, semu da cukup, tetambah baby boy mmg kuat minum, klu bole 24jam nak nyonyot.. hihi

sya said...

best nya naca cerita arman... comel betul dia senyum dalam tidur tu.. :)

eh, pandainya husband lady cukurkan arman... kitorang ni memang failed laa.. tolong cukur kan boleh? (kena cukur lagi sebab rambut danish sikit... huhu)

Shariz said...

CONGRATS Lady ! Dah lama benar I tak active blogging....sedar2 Lady dah habis pantang dah...hehe....Welcome to Motherhood ! Sangat comel Aman ! :)

Myluv - Syl said...

alolo.. sonoknya baca pasal aman ni. boleh geng dgn dak arthur la kan? hehehe.. ((hug aman))

A~ said...

ya Allah, dah sebulan lebih i tak jenguk my blog & others! teruk betol!

baby aman pon dah besar now. wah, u seem very happy & alhamdulillah everything berjalan lancar for u & family with the new baby. thats good kan. aman is soooooooo comel, seems healthy & all. semoga he will be ur bundle of joy for the rest of his life, sejuk perut ibu mengandung gitu.

dear, take care k. salam aidiladha, salam maal-hijrah & selamat tahun baru :)

eh, u tak kasi lagi alamat u to my email, i nak kasi hadiah baby ni frm here :)
(my email: aquahartz@gmail.com).

Hanis MY said...

comelnya Aman! congrats, tak sabar nk tengok n cium mine jugak insyaAllah hopefully eviting goes well...

gee ryder said...

eh nampak besar aman. comelnye!!!
muka aman ikut baba yer? hehe

budak2 kalau senyum takde gigi memang tersangatlah comel :)

fathy amany said...

heheheh
comel nye tgk arri landing sebelah aman

Lady of Leisure said...

tq all or the lovely comments...
:)

NenetPenne (NP) said...

hari ni masih infant, tanpa kita sedari tetiba je dah boleh merangkak dan berjalan serta berlari..
kenapa baby sangat comel?? gerammm

tapi i lagi geram tengok kucen u tu... dah lah demok demok..

Rini Jy said...

tahniah lady. moga aman menjadi anak yg soleh :)

Lynn Nasir said...

pandainya Aman bawa diri ^^

ni yg terasa nak ada baby baru ni :D

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ said...

seronok ceq baca ang punya xperience ngan baby aman ni. congrats...ang dah jadi ibu yang terbaek. moga aman dalam dakapan ibu yang pengasih, amin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...