Monday, December 20, 2010

Bihun Sup Utara

Made bihun sup utara baru-baru ni. Bihun sup utara selalunya warna kuning dan ada sambal merah. Soup tu kalau nak lebih sedap and original biasanya ada campuran paru-paru, perut lembu, tulang dan daging campur lemak. :-)


Tauhu goreng, lobak asin, daun sup dan daun bawang, daging, sambal merah, bawang goreng, cili merah, dan limau kasturi.

Bahan-bahan:

Sup:
1kg daging lembu
1 bungkus sup bunjut
5 biji bawang merah kecik - hiris
1.5cm halia - hiris
3 biji bawang - putih
1-2 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2-3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Minyak untuk menumis

Tambahan:
1 pokok daun sup - hiris
1 pokok daun bawang - hiris
1/2 cawan lobak asin - dadu kecik
2-3 tangkai cili merah hiris
3-4 biji limau nipis/kasturi
2 keping tauhu - goreng dan potong dadu
Bawang goreng

Sambal merah:
30 biji cili kering - jadikan cili kisar
7 biji bawang putih - tumbuk halus
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis

1 bungkus bihun - rendam dalam air yang diletak serbuk kunyit kemudian toskan dan kukus hingga bihun lembut

Cara-cara:
  1. Untuk sup, bersihkan dan rebus daging bersama garam dan sup bunjut hingga empuk, sukatan air terpulang pada sebanyak mana sup yang diinginkan. Sambil merebus daging, di dalam periuk lain, panaskan minyak dan tumis bawang putih, halia, bawang merah, bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga hingga wangi. Once daging yang sedang direbus empuk, masukkan bahan yang ditumis tadi. Orang utara said tumis darat hehe. Perasakan dengan garam dan gula. Keluarkan ketulan-ketulan daging dan hiris nipis untuk dimakan dengan bihun sup nanti.
  2. Untuk sambal merah, panaskan minyak dan tumis cili kisar dengan bawang putih hingga naik minyak kemudian masukkan garam dan gula.
  3. Taburkan daging yang telah dihiris bersama bahan tambahan di atas bihun yang sudah dikukus berserta sambal merah, dan hidangkan dengan kuah sup panas-panas.
Nyum!

36 comments:

Lia said...

wah.. terliurnya tgk bihun sup pepagi ni.. yummy.. kalau lia kat kedah selalu makan kat bertam tu. kedai dia tepi sawah bendang.. angin punyalah kuat.. mmg sedap aja makan bihun sup kat situ.. ^___^

TopsyTurvyMum said...

Harus print resepi ni..
Nak kena cari lobak asin:)

ZARA said...

alahmak lady!

u make me very2 hungry!!!

PuRpLeLiCiOUs LoVe said...

klu nak makan bihun sup kat kl nie pun kompom suruh en hubby cari yang bihun kaler kuning jugak..ehheheheh...

p3chandan said...

Isshhk..memang minat bihun sup utara ni, every time pegi Pasar Rabu kat Alor Staq mesti nak makan..mesti nak try resipi Lady ni!

eynda said...

Sedapnyaaaaaa :-)

Farra Dhelina said...

owh kita suka letak cili kicap!! buh byk2..fewittttt..bertambah tambahhhhh hehe tp make sure ade tisu kat sblh, utk lap idung hehehehe

HanaBella said...

Memang sedap kak sup utara. kalo sy g pasar malam kt serdang, tak sah xbli bihun sup bujang utara ni. Yg beznya cabai merah tu..
"cabai mau ka?" mesti budak bujang tu tanya mcm tu.. hehe

DaZzlingLilLy said...

ni kalah bihun sup pak dan kat simpang 4 tu dah..hehe

-aNida OtHmaN- said...

lady...saya telIoq tgk nie..sebab ni PEBRET saya..hihihihih
ermmm, kalO masukkan CABAI ITAM kedalam Minun suP nie..fhewww lagiklaaaa... tak toleh kiri kanan dh makan..hihihihi

screamingmommy said...

i want to challenge myself..maidless and masak. I nak try lah this weekend:)

Yours Truly said...

sedapnya...can't wait to try your version!

gee ryder said...

walaupun simple tapi nampak sedap

liana said...

waahhh..best..best..best..liana sngt suker ok bihun sup utara ni..slalu kalau blk kedah kg ayah,kitorang singgah mkn kat pekan rabu..tp dulu mcm sedap..skang mcm dah x sedap...huhuhuhu..kena try resipi lady plak lah pas ni...

TK said...

Wah dimusim2 tengkujuh yg sejuk ni..mmg sesuai makan bihun sup ni panas2..
Dah lama sgt tak makan bihun sup utara. Maklumle duduk di timur ni, susah sgt nak jumpa..

Hann said...

Yang bagi sedap dan menambah kenikmatan bihun sup utara ni adalah sambal merah tu..

resipi turun temurun ke ni lady? nampak pukul habis gerai sup hak ada kot sini nih.. :))

nil said...

dah lama tak makan ni.

isabelle said...

siap sambal bulat secotet yg comel tu

dilaOHdila said...

Amboi...ni peberet ceq ni
sekali hirup x dan nak pandang kiri kanan. Rajin hang no. isteri payung emas

ieda said...

wah2 nampak sgt2 sedappp :)

kasihredha said...

Lady
akak ipar akak memang terer buat mee sup ni..sebab dia org Kedah.
Akak suka letak sambal merah tu byk-byk...fuhhh, bpeluh mkn.

Mummy Nana said...

Thanks for the recipe.. dulu masa kat mesia selalu gi pasar malam beli behoon utara nie.. I mmg suka...

maya amir said...

ohww my.. u punye gambar tu mmg marbeles..bikin air liur sume kuar.. perghhh...:)

fiza said...

Lady...buat lah open house, bleh kitorang dtg makan, asyik tgk gambo jer, terliur lah...ahaks...(*_^)

ERMAYUM said...

tak kuning pun Lady :) i baru tau letak kunyit tahun ni masa g umah neigbour tanya dia mana kedai jual meehoon kuning hheheh
but i tumbuk kunyit hidup and campak dalam tu - selalu gak buat but tak tau version mana pakai belasah ja ooo now tau dah nak buat sambal dia

Azmiezas said...

Lady, akak nak sikit..i tak boleh tahan u bila tengok bihun sup ni,..tolonggg...hantaq semangkuk..

♥WEIYDAWEINGWAFFA♥ said...

jom singgah my new blog n being my followers too...tq

http://mummylovepink-lovely.blogspot.com/


and

jom singgah my shop blog...tq

http://mummylovepink-shoppaholicblogspot.blogspot.com/

wany said...

bestnyer.. bihun nie.. tiap2 mggu kami cr kat pasar mlm kulim nie.. nk buat xberbaloi.. 2org mkn jer.. pepun selamt menjamu slera.. n follow u jua

kasihredha said...

Lady nanti datang ke blog akak ambil anugerah blog tercomel ye..

ME said...

One of my favourite .. tapi kat kl/sel susah nak cari yg sedap .. hmm kalau buat sendiri byk la pulak makannya ..

~ Mamma Olyn ~ said...

fav nih..sedapnye bole wat sendiri..hehhe, mesti makan banyak satu hari bfast+lunch+dinner:)

Leez M. Saaid said...

apa ajer u masak memang buatkan i terliur..hehehe
mee sop utara ni mmg my favourite tau.... :)

ashra said...

err..sejak pindah,I duk beli je mee hun sup bila teringin nak mkn.
pas ni mmg i nak stat masak balik..kena amik mood masak yg feveret gni kan..hehe

Lady of Leisure said...

Lia,
hehe bihun sup utara jugak yg best kan.. :)




TopsyTurvyMum,
senang dapat tak lobak asin kat sana?




ZARA,
hehe ops..




PuRpLeLiCiOUs LoVe,
kaler kuning baru best.. :)




p3chandan,
hehe try nanti k, senang je.. :)




eynda,
thanks kak eynda.. :)




Farra Dhelina,
hahah tetiba jer ada air hidom kan.. :D




HanaBella,
cabai mesti mau kan, kasi merah kuah.. :D




DaZzlingLilLy,
tak pernah rasa lagi bihun sup pak dan mesti sedap kan..




-aNida OtHmaN-,
hehe some suka sambal kicap kan..




screamingmommy,
insyaAllah u can babe.. :)




Yours Truly,
tq dear.. :)




gee ryder,
yup sedap hehe.. :)




liana,
yg kat pekan rabu lady tak penah try lagi.. :)




TK,
ahha betul hujan2 makan ni best, hehe..




Hann,
hehe yang sambal dia tu emmang resepi turun temurun.. :)




nil,
ala kesiannya hehe




isabelle,
ui sambal tu kalau takdak tak sah.. :D




dilaOHdila,
hehehe lama tak pekena tu yang teringin tu, payah2 sangat pi ji amkan kat ani sup utara tu kan..




ieda,
hhe tq kak.. :)




kasihredha,
hehe orang utara mesti kene tau masak ni kan.. :)




Mummy Nana,
sedap kan, lagi best sebenarnya kalau ada perut, paru2 etc,. :)




maya amir,
hehe tq dear.. :)




fiza,
nak buat open house boleh tapi ai ni pemalu.. :D




ERMAYUM,
tak kuning? biar betik beb? i nengok kuning gile dah ni hehe.. kunyit hidup boleh je kot cuma i belum penah try la lagi. hehe.




Azmiezas,
haha faham faham, orang utara memang tak boleh tahan dengan bihun ni.. :D




♥WEIYDAWEINGWAFFA♥,
done.. :)




wany,
hehe kami pun actually dua orang makan tapi kene buat jugak sebab sini jarang sangat jumpa bihun kuning ni.. hehe.. :)




kasihredha,
tq kak.. :)




ME,
hehe tu la masalahnya kalau buat sendiri.. :D




~ Mamma Olyn ~,
hehe sedap hirup kuah sup dia tu.. :D




Leez M. Saaid,
hehe tq leez... :)

Joy said...

belum lunch. dan terasa sgt lapar skrg ;)

Lady of Leisure said...

ash,
welcome back dan selamat memasak ye hihi..



Joy,
ala kesiannyaaa... hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...