Wednesday, May 12, 2010

Peria, Masak lemak, Pengat ubi.

Dah lama simpan dalam draft baru hari ni publish. Teringat sebab kebetulan hari ni nak masak peria lagi. Bawah ni peria goreng pedas dengan udang. Lagi satu tu, Masak Lemak Tenggiri Masin dengan Peria. Sedap kan peria, eh ke ada yang tak suka peria? Anyone? Memang pahit tapi kalau nak yang kurang pahit i usually beli peria yang cukup kembang.

Last sekali pengat ubi keledek.

Peria Goreng Pedas

Bahan-bahan:- Peria
Udang
Ikan bilis - blend
Bawang merah - blend
Bawang putih - blend
Cili boh/cili mesin
Sos tiram
Garam(kalau perlu)

Cara-cara:
  1. Potong peria dan rendam dalam air garam lebih kurang satu jam sebelum masak(untuk hilangkan pahit). Sebiji peria boleh pakai garam lebih kurang 2 sudu besar. Lepas sejam dua, basuh dan toskan peria tu.
  2. Goreng udang dengan sedikit minyak sampai setengah masak dan ketepikan.
  3. Tumis bahan-bahan yang diblend sampai wangi, kemudian masukkan cili boh 2-3 sudu besar dan tumis lagi sampai cili boh tu masak. Masukkan peria, sos tiram dan goreng sampai peria masak dan layu. Kalau makin kering tambah air dan goreng lagi sampai cukup layu. In my case, tak pakai garam pun sebab dah cukup masin from te oyster sauce dan peria tu pun dah direndam dalam air garam kan.
  4. Masukkan udang yang digoreng tadi dan kacau sebati.

Masak Lemak Tenggiri Masin Dengan Peria

Bahan-bahan:-
4 keping isi ikan tenggiri
2 cawan santan - buat santan cair
1 cawan santan pekat
Kunyit hidup - blend halus
2 keping asam gelugur/asam keping
30 biji cili padi(kitorang makan pedas) - blend halus
2-3 tangkai serai - diketuk
Daun kunyit - carikkkan
Peria - potong lebar dan rebus dengan air garam sampai lembut
Gram

Cara-cara:-
  1. Lumur ikan tenggiri dengan garam yang banyak, tabur garam sampai tutup semua bahagian ikan masin. Letak BANYAK-BANYAK garam ok jangan takut. Simpan dalam fridge semalaman, bila nak masak keesokkan hari baru keluarkan dan basuh untuk buang garam yang lekat pada ikan tu.
  2. Masukkan cili padi dan kunyit yang sudah diblend, santan cair, serai, garam, asam gelugur/asam keping dan daun kunyit dalam periuk dan didihkan. Sentiasa kacau. Garam jangan banyak sangat, ikan tu dah masin.
  3. Bila mendidih masukkan ikan tenggiri masin, dan masak lagi sampai mendidih. Bila mendidih/ikan dah masak masukkan santan pekat. Sentiasa kacau sampai mendidih lagi sekali. Dekat nak mendidih masukkan peria yang dah direbus. Bila mendidih boleh tutup api.

Pengat Ubi Keledek

Bahan-bahan:-
Ubi keledek
Santan
Gula merah - bancuh
Gula pasir
Garam
Daun pandan
Sagu - direndam dan toskan
Cara-cara:-
  1. Bersihkan ubi keledek dan potong. Rebus dengan air, dan daun pandan sampai empuk.
  2. Masukkan santan, bancuhan gula merah, gula pasir, secubit garam dan sagu.
  3. Sentiasa kacau hingga mendidih dan sehingga kuah bubur kepekatan.

59 comments:

zarin said...

tk pernah mkn peria masak lemak tp if peria goreng pedas tu memang suka...sedap kan :D
husband lady pun suka peria ke? my husband tk suka

PuRpLeLiCiOUs LoVe said...

kita xmakan peria..tapi tengok peria sambal nan udang tue...pehhhhhhhhhhhhh menarik nye...
pengat ubi???dah lama xmakan pengat ubi..tapi kita lagi suka pengat labu...lady uat kan la tuk kita..hahahahah :P....

sisdee said...

yummy..!!!! sukenya kat pengat tu :)

ish...ni mesti mood tgh rajinkannnn :D

ashra said...

yup! im the one yang tak suka peria. tapi hubby suka la..le gak try kasik hubby makan.kita makan kuahnye je la...keke
tq for the recipe! =)

Whoohuu! said...

huhuhu... i tak suka peria, but my mum suka la yang amat sangatttttttt, sebab tu dia awet muda.. adakah i nampak tua?????

fabulous.farah said...

ouh..tak pernah makan gulai ikan tenggiri letak peria.bagus2..boleh try

screamingmommy said...

I loove peria despite the bitter taste. seriously lapar tgk this entry:( anyway i love to try peria goreng pedas:)

zeta said...

Peria..mmg sedapkan..
Msk ngan udang camtu xpenah try..slalu buat ngan telor je..mesti sedap ehh msk camtu..

st time tgk peria dimasukkn dlm msk lemak..sure kena try nnt..

Thanks Lady for sharing the recipe..bila nk jemput dtg mkn ni??

N A N I E said...

freshnyer ikan tenggiri tu :) tempting!!

zailamohamad said...

zaila selalu makan ikan patin masak tempoyak kat restoran Dapur Kota area rumah Zaila, then dalam masakan tu ada diletakkan peria..rasanya not bad juga..Lady cubalah nanti ya;)

MUNIRA AZME said...

P.E.R.I.A sedap.... dulu hubby mmg tak suka makan tapi lepas pekena masak lemak peria nenek, asal nampak je peria mesti berselera ^_^

ZARA said...

Arwah nenek i selalu paksa makan peria. dia kata elok lah itu lah ini. kalau dia dapat cucu macam u mesti dia suka! hehehe :)

Chik Na said...

hmmmm...sedapnya nampak masak ikan tenggiri masin dengan peria tu.. tak pernah masak cam gitu selalunya masak pedas je... nak kena try suatu hari nanti

bila citer pasal peria teringat arwah nenek, dia suka celur peria tu buat ulam makan dengan ikan bakar dan budu...Chik Na memang suka peria, mungkin sebab most of the time Chik Na banyak spend masa kat rumah nenek so dah terbiasa makan ulam-ulaman..

fazlinil irma said...

yumm.. yummm buat pengat ubi.. peria tu kalau masak sy ambik udang ja.. hehe..

Puan Isah said...

Salam :)
Enak-enak recipe lady tu! sampai mengeliur kite dibuat nya, especially 'masak lemak tenggiri masin' tu..
saya dulu-dulu tak pandai makan sayur peria, tapi sekarang it's one of my favorite.
Nak cuba recipe ikan tenggiri simpan dalam peti ais semalaman tu, Belum pernah buat :)
Thank you for sharing!

I found your blog through TK's site. Do visit me at my blog, there's an Award awaiting for you there!

Have a 'leisure' day:)

Siti Shuhadah Zainol said...

shu x makan peria la lady...pahit...huhuhu...

TopsyTurvyMum said...

memang best sesekali kena pengat keledek petang2 sambil layan telenovela :)

ME said...

sedapnya nampak peria goreng pedas tu .. my fav tapi bila msk sendiri tak sedap ..

KV said...

adeh..laparrrrr

SyahNas80 @ Nana said...

wah!!!!!!!!!! lazatnya...yummmyyyyyy...

Drama Mama said...

haaa i pun tak makan peria. pahit kan, slalu tengok orang masak sup ja. tapi cara u masak ni nampak sedap lak.

pengat tu toksah kata laa.a....meleleh air liur tengok!

http://twinkywinkystars.blogspot.com

Eti said...

I tak pandai sangat makan peria la sebab sooo pahit. So tak pernah masak sendiri. Kalau peria goreng kat kedai mamak yg very the rangup tu boleh pulak! Pelik kan??

Ayu said...

mmg x reti mkn peria..prnh mkn yg goreng garing mcm kepek kat kedai mamak, mmg sedap tp x tahan pahit..tp ubat kan..

TK said...

Wah rajinnya..sekali 3 masakan. Peria is something that I like so much tapi tak pernah beli kat pasar and masak senddiri. Belum cuba lagi..Maybe one fine day..I will cook on my own.

marinahunny said...

x suka peria..tp mak saya blend peria katak dgn epal hijau utk ubat kencing manis..

Lady of Leisure said...

zarin,
tu la peria goreng pedas tu makan ngan nasi putih je dah sedap kan.. yang masak lemak my husband suka sangat...yang goreng macam zarin buat haritu pun i suka, slalu makan kat kedai mamak..
:)



sisdee,
hehehe... rajin sbb posh sekali 3 ek hehe..
:D



PuRpLeLiCiOUs LoVe,
buatkan, alaia jauh sangat la nak buatkan hehe..



Whoohuu!,
peria awet muda? lepas ni hari2 i makan..



ashra,
sedap peria ni tak pahit sangat lepas rendam dalam air garam..
:)



fabulous.farah,
sedap sangat..
:)



screamingmommy,
pahit peria tu bukan la pahit sangat tapi sedap kan..
;)



zeta,
kikiki... jemput datang makan kene tuggu raya la ..
:)



N A N I E,
tenggiri yg my dad pancing..
:)



zailamohamad,
lady suka masak tempoyak masalahnya ikan patin lady tak leh nak telan, tapi seronok tgk org makan, nampak sedap..
:)



MUNIRA AZME,
sedap kan peria masak lemak..
:)



Chik Na,
peria rebuas buat ulam sedap betul kan, pahit2 tu yg sedap..
:)



ZARA,
ok la nanti i jadi cucu angkat wakaka..
:D



fazlinil irma,
hehe makan la peria sekali sedap tau..
:)



Puan Isah,
salam kenal Puan Isah.. nanti boleh la try resepi ikan tenggiri masin tu, lady ambik resepi from my mother in law.. sedap sangat simpan sehari ikan tu dengan garam, masin dia tu just nice..
:)



Siti Shuhadah Zainol,
hehe rendam air garam shu, hilang skit pahit dia..
:)



TopsyTurvyMum,
haha u pun layan telenovela ek... kikiki... i suka..
:D



ME,
hehe.. peria ni sedap kalau masak sampai layu, nampak mcm tak healthy kan sebab masak sayur sampai layu tapi kalau tak layu tak sedap pulak..
:)



KV,
jemput makan..
:D



SyahNas80 @ Nana,
sila - sila..
:D



Drama Mama,
hehe.. pengat ni best tapi tang santan tu yg tak best sebab rosakkan diet...
:D



Eti,
peria goreng kat kedai mamak tu sedap makan dengan kari kan..
: i pun suka..



Ayu,
betul pahit tu org kata ubat..
:)



TK,
hehe... dok dalam draft lama dah tak publish...try peria goreng pedas and masak lemak tu.. yg masak lemak tu my hubby suka sangat, katanya phit peria campur dengan kuah yang rasalemak tu sedap..
:)



marinahunny,
tu la ada jugak dengar org kata peria leh buat ubat kencing manis..
:)

Tihara said...

wow seme sedap2..kecur air liur..org kata rendam air garam peria tu nak kurangkan pahit..kalau mak akak ske goreng buh teloq..ok laa

Lady of Leisure said...

Tihara,
betul3 rendam air garam untuk kurangkan pahit..
:)

IdzaLia said...

Lia paling suka makan peria goreng tu... sedapnya tgk.. ;)

sya said...

pernah sekali try makan peria.. lepas tu terus pening.. kenapa entah... huhu

Lady of Leisure said...

IdzaLia,
tu la sedap, makan selalu pun takpe...
:)


sya,
la kesiannya... takpe sya banyak lagi sayur lain hehe

sya said...

wah...
lama juga tu...
ratuhati.com pun tak ada plan apa2 lagi untuk dua bulan akan datang... nanti kalau ada, akan diberitahu ok.. :)

Lady of Leisure said...

sya,
plan apa ye sya..
:-)

Me said...

slalu failed klu masak peria, jadi pahit sgt, org kata klu pandai masak, dia akan jadi kurang phitnya ... nnt naktry skali lagi ..ikut thiss menu, tq for sharing!

Lady of Leisure said...

Me,
try pilih peria yang bebetul kembang n pucat warnanya, lepas tu sebelum goreng, potong n rendam dalam air garam insyaAllah kurang pahit...
pahit tu ada tapi pahit sedap gitu hehe..

diana sidek said...

kenapa ye food yg u masak nampak sgt lazat ek.i'm not a fan of peris tp yg peria pedas tu nampaknya sgtlah super yummy.presentation of pengat ubi keledek tu sgtlah 5star!!kasik lg resepi ok LoL! :)

diana sidek said...

kenapa ye food yg u masak nampak sgt lazat ek.i'm not a fan of peris tp yg peria pedas tu nampaknya sgtlah super yummy.presentation of pengat ubi keledek tu sgtlah 5star!!kasik lg resepi ok LoL! :)

Ella said...

i mmg jeles tgk lady yg sgt rajin dan pandai masak..

i yg 'tua' ni pulak pemalas and tak pandai masak..
kalau masak, selalu mcm tak jadik je..tu yg boring..haha

bila gaknya nk pandai masak sedap2 mcm lady ni..

Azmiezas said...

Dear,..sedapnya..

Akak yg tak makan peria ni pun,..terliur sangat nampak peria tu tertonggok kat dalam pinggan tu..mesti sedapkan..

nanti akak nak try jugak makan peria w/pun pahit..

psst:..Pengat keledek mu itew sangat menggiurkan..hehehe..

Lady of Leisure said...

diana sidek,
ehehe... u pepuji ni kembang kempis i tau hehe.. i masak simple2 gini lauk2 melayu i ok la, tapi western etc hancus skit wakaka...
:D



Ella,
alalala ye lah tu tak pandai masak, orang yang tak ngaku pandai masak ni yang sebenarnya masak sedap tau hehe..
:)

CikLilyPutih said...

tak reti masak kambas a.k.a peria sebab takut nanti hilang dia tak hilang walaupun dah rendam dgn air garam lah

sunshinelady said...

waaaaaahhhh.. suka ur lauk pauk. rindu nak balik msia. huhuhuhu

Lady of Leisure said...

Azmiezas,
lady dulu tak makan peria gak kak sebab dok makan pahit tapi bila my mom n dad ajar cara nak hilangkan pahit tu terus jadi suka hehe..
:)



CikLilyPutih,
hehe kalau rendam dengan garam pun actually bukan lah pahit tu hilang terus, masih pahit tapi kurang lah kadar kepahitan tu wah wahh..
:D


sunshinelady,
when are u coming back to malaysia? hehe.. kalau balik nanti boleh la jenjalan cari makan...
:)

fisa othman said...

hehehe lauk yang simple tapi menarik dan tertarik untuk di makan...:D

Me said...

thanks 4 the tips again, will try again setelah giveup asyik jd peria pahit maungg jer ..haha

honeylanz said...

peria ni pahit..tp lelama sedap pulakkan... tp akak x pandai nk masak :D

Lady of Leisure said...

fisa othman,
kat rumah selalu masak simple2 gini je la.. hehe..



Me,
hehe.. good luck hope this time menjadi.. :)



honeylanz,
tu la dulu lady tak makan, lama2 suka la pulak kiki..

liana said...

lady, liana palg x suka peria..x suka bau n rase dia..hehehe..lgpun mak pun x penah masak peria ni..2 yg x suka agaknya kot..

Lady of Leisure said...

liana,
lady yang sejak kecik dok makan pun susah nak suka, tapi bila my mom masak peria yg kurang pahit terus jadi suka...
:)

Marsha~ said...

peria goreng dgn udang itu nampak sangat menarik... mcm nak cubalah.. thanx for sharing ek..

fatenton said...

eppp eppp..
camne nak diet niii? :D

fiza said...

I tak reti nak mkn peria, pahit. Tapi klo peria goreng garing tu bley plak mkn (^_^)

Lady of Leisure said...

Marsha~,
try la nanti masak smp layu peria tu sedap.. :)



fatenton, kita lupakan diet seketika wakaka..
:D



fiza,
peria goreng tu sedap kan..
:)

ERMAYUM said...

i dgr org kata kalu tak nak pahit rendam ngan air garam smlmam heheh taktau la betul ke tak

eynda said...

Akak suka peria!! Tapi selalunyer makan peria goreng tepung especially kalau pi makan nasi daun pisang :-)

Lady of Leisure said...

eynda,
ha yang kat kedai daun pisang tu sedap kan dia mcmm celup tepung..
lady pun suka tu..

Lady of Leisure said...

ERMAYUM,
betul tu rendam air garam mmg kurang skit pahit dia..
:)

Jabberholic said...

Stumbled upon ur blog from another Lady of Leisure ;) oooohhhh...your blog memang sumber inspirasi what to cook for the day..Will certainly be on my blogroll now...!

Lady of Leisure said...

Jabberholic,
hiiii... oh from another lady of leisure hehe... tq so much for dropping by... keep in touch yeah.. and have a nice day... wil jalan2 ke blog u kejap lagi hehe
:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...