Menu minum petang saya hari ni ialah bubur kacang hijau. Berdekatan dengan rumah saya ada satu gerai yang menjual pelbagai jenis bubur. Husband ajar saya makan bubur kacang hijau dengan Sira Labu, memang lazat! Imagine sira labu yang manis tu dimakan dengan bubur kacang hijau yang lemak.
Di rumah nenek saya di Perlis pulak, kitorang selalu masak bubur kacang hijau sebagai hidangan petang. Arwah atok saya cukup suka makan bubur ni dengan biskut empat segi atau roti gardenia. Kadang-kadang kitorang campurkan jagung berkrim(dalam tin) kedalam bubur kacang, hasilnya bukan saja bubur menjadi colourful, tapi juga lemak berkrim. Selain jagung, bubur kacang hijau juga sangat sedap kalau ditambah durian.
Bahan-bahan:
Kacang hijau
Santan
Gula merah - bancuh dengan air panas
Gula pasir
Garam
Daun pandan
Sagu mata ikan
Minyak masak
Cara penyediaan:
Rendam kacang hijau lebih kurang setengah jam atau satu jam sebelum masak. Kemudian rebus kacang hijau dengan air, simpulan daun pandan dan juga setengah sudu besar minyak masak sehingga kacang empuk. Masukkan sagu, garam, gula pasir, bancuhan gula merah dan juga santan cair. Bila mendidih masukkan santan pekat. Bila mendidih sekali lagi boleh tutup api. Done.
TIPS:
Fungsi minyak masak semasa merebus adalah untuk mempercepatkan proses kacang menjadi empuk. Garam pulak untuk mengeluarkan rasa lemak. Dan gula merah untuk mencantikkan warna bubur. Kalau ada jagung berkrim atau isi durian boleh dimasukkan sekali. Tapis dulu bancuhan gula merah, sometimes berpasir.







64 comments:
oo cam tu ka letak myk adoi lady erma selalu gak masak tua tunggu kekekeke- da rendam satu malam pun masak lama lagi then hubby cakap still tak cukup empuk - tension -
my daugther tak layan sekali tgk tapi bila letak dlm fridge then da sejuk semua sibuk - cicah ngan roti :)
salam :)
blog walking..
p/s i admire orang yg pandai masak ni...i adore them..pasni slalu la i dtg blog u nak tgk resepi :D
wow..sedapnya bubur kacang...bleh try nanti...memang sedap makan bubur kacang ngan roti empat segi (biskut) rasa macam aiskrim...
perghhh!! ini aku punya feveret ni.kalau bulan posa je mak aku memang watkan spesel untuk aku.tapi kalau jauh jauh macamni aku buat sendirik la, tapi masa bujang dulu.skarang ni order ngan isteri tersayang je.hehe...nanti suruh dia try letak gula merah ni.taruk durian memang best, tapi aku lagi suka bubur kacang ada kacang je.bubur durian br taruk durian.baru puas makan.hehe
lady.. nilah dessert kegemaran hubby kelly.. exspecially kalau campur dgn durian.. pergh.. meletop..
ekekekeke..
wahhh lady, ni yang buat kita terliur di petang hari ni. minum ngn kopi o panas sedap nih!
nak kena pesan husband gi cari gak petang nih haha
Hujan2 makan bubur kacang letak durian, cicah dengan roti gardenia atau roti 4 segi..perghh..sedapnya...
Tapi kan, hubby akak kureng..so akak paling jarang makan ni..kalau nak makan pun bila balik A.staq..
btw..pandaiLady buat bubur ni ye..
wow.. kebetulan saya pun makan bubur kacang ijau kak petang ni.. sama ekk.. bestttt
Tukang masak kerjanya senang
Habis masak cekik bubur kacang
Campur gula hai setengah dulang
Bila makan rasanya trang tang tang
Memang manis memang lemak
Kalau ngakit ngak boleh banyak-banyak
Bubur kacang sudah lah terpuji
Seantero dunia seluruh negeri
Hoi bubur
Hoi bubur
Hoi bubur
Hoi number one
heheheheh ingat tak lagu nih...apepon nampak sedap
nampak sedap..pandai lady buat.ma sngt suka bubur kacang hijau durian..
:)
pss...sukanya dgar lagu kat blog u ni..spa melambai2 la..
bubur kacang hijau dgn bubur pulut hitam mmg favourite lia.. makan dgn pulut pun sedap. tak pun sejukkan dalam peti ais.. yummy mcm aiskrim..
lady, ini fav hubby i...lebih2 lagi klu letak durian... i pulak suka buat aiskrim :D
idazs,
hehe.. tu la sedap makan dengan biskut 4 segi kan.. lady suka patahkan 4 biskut tu masukkan dalam bubur kacang kemudian bila nak makan kaut sekeping2... huiiiiii... mmg lazat..
:D
*gorjesmum*,
hi.. thanks for dropping by here..
hihi.. tq.. i minat memasak tapi takat skrg ni i suka buat yg simple2...
kalau ada resepi mudah i suka share kat sini..
btw salam perkenalan.. n i follow u to yeah..
:)
ERMAYUM,
hihi.. my mom la suruh letak minyak skit tu, katanya nak cepatkan kacang hijau jadi empuk, tak la lama sangat nak tunggu kan.. hihi.. lady rendam dalam satu jam je tadi..
lepas masak, bila sejuk skit terus masuk peti ais, sedap betul makan bubur ni bila dah sejuk kan..
hihi..
:)
kelly910,
campur durian sedap kan kelly, tapi skrg ni durian mcm tak berapa nak ada... kalau tak ada durian letak jagung krim sedap jugak, tapi sbb jagung takde, lady letak apa yang ada jer hihi..
:)
Drama Mama,
hihihi.. alamak terliur sudah... takpe mai la singgah umah i petang ni nanti i jamu bubur kacang hijau, banyak lagi ni wakaka..
:D
Suka Bebel,
hihi.. lepas ni mesti ada yang request bubur kacang merah from isteri tersayang ni kan.. hihi...
kalau tak suka letak durian boleh letak jagung dalam tin yg berkrim tu.. sedap sangat sbb tambah rasa lemak..
actually tak nak letak pun takpe gula merah tu, saya letak sbb nak kasik kuah bubur tu gelap skit.. tambah selera wakaka..
:D
Emilia,
betul betul betul...
bila sejukkan n buat icecream sedap kan, i teringat dulu i slalu makan ais cream potong perisa bubur kacang hijau ni, kadang tu perisa kacang merah...
:)
Qumairah,
hahaha.. tq.. ini lagu P Ramlee ke ek? rasa macam penah dengar, lagu lama ni kan... hihi...
bubur kacang ni ramai peminat kan, tak kira usia, tak kira bangsa, semua suka bubur kacang...
:)
m@,
hihi..nanti try la buat, senang n bahan2 pun kebanyakkannya boleh dapat kat pasaraya / kedai runcit..
lady suka buat banyak2 kendian simpan dalam fridge..
hihi.. leka jer dengar lagu jawa ni kan.. spa mcm memanggi manggil je kan..
:D
IdzaLia,
hihi.. yeah betul bubur pulut hitam sangat sedap kan.. lelebih lagi kalau asingkan santan dengan bubur hitam tu, bila nak makan baru tuangkan santannya.. huiii sedappp...
:)
Azmiezas,
hihi.. tq... boleh la kalau buat yg mudah2 ni kak.. nak buat yg susah2 tak reti... bubur ni pun rebus je kan..
betul2, lady pun suka kalau cicah ngan roti ni.. malam ni dinner tak makan nasi dah la jawabnya.. roti gardenia dah siap beli dah smlm.. dinner bubur kacang la lady malam ni..
:)
Diarihatiku1976,
wah sama lah menu minum petang kita hari ni hihi..
:D
perghhh...sedap la kalau di buat aiskrim hihihi...taruk durian pon sodapppp!
zarin,
hehe.. sayangnya i takde stok durian skrg... i tgh sejukkan dalam peti ais ni, tunggu masa jer nak ngappp...hihi
:D
Ilmu baru letak minyak masak dlm bubur kacang .. thanks lady. Me kalau buat, buat byk2 pastu frozen dlm few tupperware, bila bebudak ni nak makan ptg2 diaorg masuk microwave few mins dah leh makan. tapi tak sesedap yg fresh
ME,
welcome.. :)
ni pulak ilmu baru untu lady, letak dalam tuppaware n frozenkan ya kalau buat banyak, boleh makan lama skit kan... tq... nanti yg banyak2 dalam fridge tu boleh lady frozenkan.. nak makan panaskan balik kan..
:)
arghhh tetiba teringat masakan mak.. kalau mkn panas2 sedap dgn roti gardenia.. letak sekeping kat pinggan pastu letak bubur kacang.. fuhh sedap bila roti tu start lembik.. sejuk2 pun sedap sebab santan start pekat mkn mcm ais krim heheh
LiAnA,
owh makan dengan roti gardenia kasik roti tu lembik sedap ek.. tak sabar i nak try hihi...
i baru sejukkan dalam peti ais petang tadi.. dah berapa kali ulang makan dah ni hihi..
:)
bubur campur derian best jugak..mkn dgn roti..mmg merembes air liur
petang2 mmg best makan bubur kacang.. buat aiskrim kacang hijau pun best ;)
dah lama xmkn bubur kacang hijau..huhu~~~
iina,
hehe betul tu.. makan sejuk2 sedap kan.. mcm ice cream..
:)
fizamior,
kat sini banyak lagi ni.. mai la singgah nanti lady jamu bubur kacang ye hihi..
:D
syahadah,
ha betul tu letak durian terus jadi lemak berkrim kan..
dengan bau durian tu fuh...
bermangkuk2 lady makan..
:D
Lady, Zaila pun suka bubur kacang hijau ni..pernah makan bubur pulut hitam?? juga sedap..owh, sira labu pun sedap juga, mak Zaila cukup pandai buat sira labu..caranya, labu dipotong & direndalm dalam air kapur (untuk kasi dia keras kot) pastu masak dengan air, gula & daun pandan..ermm..jap..rasanya macam tu kot..ada juga yang masukkan bunga cengkih tapi Zaila tak suka;) Kalau makan sejuk2 sedap kan??
zailamohamad,
bubur2 ni mmg kegemaran lady n husband, dalam entri yg lepas2 lady ada buat bubur pulut hitam.. sira labu tu simple jer cara nak buatnya eh zaila, lady baru tau ni, thanks for the resepi zaila.. husband lady suka makan sira labu tu dengan bubur kacang.. sedap sangat...
:)
samalah kita, lady pun tak brapa suka bunga cengkih hihi..
lagi satu some ppl suka letak halia dalam bubur kacang, tu pun lady tak brapa suka hihi.. tak tahan bau halia dalam bubur, kalau dalam masakkan menu untuk lunch ok..
hihi..
:)
Feveret hubby akak ni tapi akak tak pernah buat pun...beli jek :-p
eynda,
hihi.. sbnrnya lady pun slalu nya beli jer.. tapi hari ni tetiba rasa nak buat..
hihi..
:)
sedapnyaaaa...dami tatau plak letak minyak masak utk kasi kacang cepat empuk.jarang buat mende ni,biase mak je buat hehe
damiqula,
hehe.. mak lady kalau nak kasi empuk katanya letak minyak skit, so takde lah nak tunggu lama sangat kan..
:)
ya la...tatau plak minyak masak leh bagi cepat empuk. kena try nih.
ComeyBlako,
nanti try eh.. cepat jugak kacang empuk..
:)
dah lama tak makan bubur kacang. tp bile wat yg left-over tu nana wat aiskrim...cedappp..heheh. mcm biasalah cik puan lady ni mmg creative bab2 presentation. lady letak daun pandan kan kat bawah tu, mula2 ingat mmg plate tu cenggitu. wat semangat nak makan jek :D
sedap bubur...
petang ni nak makan bubur pulut itam la..hehe..
Nana,
ramai yg buat ice cream kalau bikin bubur kacang ni kan, lady takat sejukkan lam fridge jer, lepas ni nak try buat ice cream la pulak...
wakaka.. lady saje takde keje la ni nana, kebetulan daun pandan banyak, potong2 n hias kat tetepi pinggan tu, kasi nampak meriah skit hihi...
:D
Annsyifa,
lady pun dah lama tak makan bubur pulut hitam.. wah ann buat bubur pulut hitam ke ptg ni..
bestnya hehe..
:D
nyum nyum..memang sedap kalau minum ngan air teh panas..hehe feveret hubby jugak ni..tp i suka kalau campur ngan durian!
Farah,
hihi.. kalau ada durian confirm i campur durian..
:D
Wahhh...meriahnyer komen....
dah lama tak buat bubur kacang....nak buatlah weekend nih..
Aleyn,
hihi..
weekend nanti buat la, kalau ada jagung atau durian mesti bertambah sedap...
:)
sedapnye...lama xwat bubur kacang.Kalau bekukan cedap gak jd ais krim kacang hu..hu..
sue_eila,
hihi.. makan sejuk2 pun sedap kan..
:)
babe,
im going to privatise my blog. email me beautifulabrahyn@yahoo.com if you still sudi menjadi my reader...thanks :D
Seronoknya makan bubur kacang dengan sira labu. Ada lagi kacang kat rumah. Maybe boleh buat one day. :)
aduh lady.... sery ngah lapar ni. berat sery dah naik sgt. seluar pun byk xleh pakai termasuk seluar keje.. :(
Askikin,
sery badan lady pun dah naik jugak... huhu... takpe lepas ni kita workout balik k.. hihi..
MrMrsFaiz,
hehe.. my husband ajar i makan dengan sira labu, tapi kalau nak makan dengan sira labu, bubur kacang tu boleh kurangkan skit gula sbb sira labu tu manis..
:)
Abrahyn,
i dah email...of coz i still nak baca yr blog hehe.. nanti add i jugak ya..
:)
haaa i pun suka mkn bubur kacang dgn biskut pat segi tu. Keypak2 biskut tu kasi kecik2 pastu tabur dlm bubur kacang, fuhhhhhhh layan woooo... :D
pearl'E.J,
hehe betui.. sedap kan.. i dapat inspirasi nak makan bubur kacang dengan biskut 4 segi ni dari my grandfather...
:)
beb baguslah tips ko...senang nak masak bubur tu....sedapnyer
POSH76,
actually ni mommy aku punya tips lah ni.. hihi.. so far tak la tunggu lama sangat untuk bubur tu empuk..
Post a Comment