Tuesday, June 9, 2009

Sup Brokoli


Saya mula meminati sup brokoli ni sejak berkunjung ke Melaka(rumah mertua), bapa mertua saya sangat gemar makan sup brokoli, kiranya sup ni adalah menu wajib setiap hari. So saya pun belajar cara memasak sup brokoli ni dari ibu mertua saya. Sejak balik Melaka, hampir setiap minggu saya buat sup brokoli ni, tak jemu-jemu, betul, sedap sungguh. Ni resepi yang saya dah modify skit:

Bahan-bahan:

Brokoli
Bawang putih - cincang halus
Udang
Air
Kiub ayam
Tofu telur
Garam & ajonomoto secukup rasa

Cara penyediaan:

Tumis bawang putih dan udang sampai wangi. Masukkan air. Masukkan kiub ayam, garam dan ajinomoto, jangan terlalu banyak garam sebab kiub ayam tu dah agak masin. Setelah mendidih masukkan brokoli dan tofu telur. Bila brokoli dah mula nak masak boleh la tutup api sebab brokoli ni cepat masak, kalau terlalu masak n lembik nanti tak sedap. Siap. Simple and healthy!

4 comments:

Izan@mamaAdam said...

Salam lady,
mamaAdam singgah nak pinjam recipe broccoli soup.. thanks..

Lady of Leisure said...

Izan@mamaAdam,
hi mamaAdam... thanks sbb singgah sini.. hope u like the broccoli soup..
:) salam perkenalan..
:)

norlailisalleh said...

salam ziarah lady jelita

klohv said...

bila terbaca pasal sup brokoli kat sini,terus mengidam nak cuba...

alhamdulillah,semalam dah buat...

sambil makan,teringat blog ni,hehe...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...