Hari-hari makan di kedai tak bagus kan. Kalau iya pun malas masak, buat lah lempeng. Boleh cicah macam-macam. Kari ayam, kari ikan, sambal sardine, semua jalan. Kalau dah malas sangat, cicah je dengan madu. :-) Resepi kari ikan dan ayam serta sambal sardine saya dah letak, boleh cari dalam label resepi. Cara buat lempeng sangat mudah.

Bahan-bahan:
Tepung gandum
Air
Garam
Cara penyediaan:
Bancuh beberapa sudu tepung gandum dengan air dan secubit dua garam hingga likat. Panaskan kuali, tuang sedikit minyak ratakan minyak dalam kuali, saya ratakan pakai kertas tisu. Kemudian letak sesenduk bancuhan tepung tadi dan lengserkan menjadi sedikit nipis. Bila lempeng kering, tekan-tekan dengan senduk kasi lempeng naik menggelembung skit. Balik-balikkan hingga masak.
TIPS:
Nak lebih sedap letak sedikit mentega atas lempeng semasa lempeng masih dalam kuali. Kalau suka boleh letak sedikit kelapa parut dalam bancuhan tepung. Jadi lempeng kelapa.